Print this page

03-8890 6401 | tribunalkastam.treasury.gov.my


VISI
Menjadi tribunal rayuan yang dinamik dalam penyelesaian pertikaian perkastaman.

MISI
Mendaftar, mendengar dan memutuskan rayuan secara adil, telus dan cepat.

OBJEKTIF

  1. Memperuntukkan satu sistem rayuan yang adil, telus dan cepat kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah Kastam.
  2. Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran rayuan pencukaian supaya lebih mesra niaga dan pelanggan.

 

FUNGSI

  1. Mendaftar, mendengar dan memutuskan rayuan yang difailkan.
  2. Membantu pihak-pihak berunding penyelesaian rayuan dengan persetujuan bersama
  3. Bertindak sebagai badan kehakiman bebas.
  4. Keputusan Tribunal disifatkan sebagai perintah Mahkamah Sesyen dan boleh dikuatkuasakan sewajarnya.
  5. Keputusan Tribunal adalah muktamad dan mengikat semua pihak.

 

PIAGAM PELANGGAM

  1. Mendaftarkan rayuan pada hari yang sama rayuan difailkan.
  2. Menetapkan tarikh, masa dan tempat pendengaran dan memaklumkan pihak-pihak tidak kurang dari pada empat belas (14) hari sebelum tarikh pendengaran.
  3. Membantu pihak-pihak untuk merundingkan penyelesaian rayuan dengan persetujuan bersama. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai pendengaran rayuan akan dijalankan.
  4. Memutuskan rayuan tanpa kelengahan dan jika dapat diilaksanakan, dalam masa enam puluh (60) hari dari hari pertama pendengaran bermula.

 

 CARTA ORGANISASI