Print this page

VISI
Peneraju unggul pengurusan aset awam negara.

MISI
Merancang, memantau serta memastikan pematuhan dasar pengurusan aset, wang awam dan kemudahan kenderaan jawatan dan jabatan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

OBJEKTIF

  1. Memastikan dasar dan peraturan berkaitan pengurusan aset dan wang awam sentiasa relevan.
  2. Memastikan monetisasi aset tanah, bangunan dan fasiliti Kerajaan Persekutuan secara outright bagi menjana pendapatan negara.
  3. Memastikan Kementerian dan Jabatan Kerajaan menguruskan aset dan wang awam dengan berhemat dan teratur.
  4. Memastikan aktiviti gaming berlesen dijalankan dengan terkawal dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
  5. Memastikan pengurusan kemudahan Kenderaan Jawatan dan Jabatan Kerajaan dilaksanakan secara cekap dan sistematik.

 

FUNGSI

  1. Perancangan dan pengurusan dasar aset Kerajaan.
  2. Perancangan dan pelaksanaan monetisasi aset tanah, bangunan dan fasiliti Kerajaan Persekutuan secara outright.
  3. Penyediaan dasar, kawalan dan seliaan pengurusan wang awam berkaitan akaun amanah, hapus kira, pendahuluan diri dan pelbagai, pampasan, pulangan balik hasil, penentuan kadar perbelanjaan bukan penjawat awam dan aktiviti gaming berlesen.
  4. Pengurusan Kenderaan Rasmi Jawatan dan Jabatan Kerajaan.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Menyediakan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh laporan diterima.
  2. Memproses permohonan pelupusan dan hapuskira Aset Kerajaan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  3. Menguruskan permohonan penubuhan Kumpulan Wang Amanah (Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957) dalam tempoh 2 bulan.
  4. Menguruskan penubuhan Akaun Amanah (Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957) dalam tempoh 1 bulan.
  5. Menguruskan bayaran balik hasil Kerajaan (AP87(b)) dalam tempoh 1 bulan.
  6. Menguruskan permohonan hapuskira dan surcaj dalam tempoh 3 minggu.
  7. Menguruskan bayaran pampasan/ gantirugi dalam tempoh 3 minggu.
  8. Menguruskan pendahuluan diri di bawah AP55 dalam tempoh 1 minggu.
  9. Menguruskan pendahuluan diri di bawah AP59 dalam tempoh 2 minggu.
  10. Menguruskan pendahuluan diri di bawah AP327(b) dalam tempoh 2 minggu.
  11. Menguruskan permohonan deposit/ yuran sekolah luar negeri dalam tempoh 1 minggu.
  12. Menguruskan permohonan pendahuluan pelbagai dalam tempoh 3 hari.
  13. Menguruskan permohonan wang (garnishment) dalam tempoh 1 bulan.
  14. Menguruskan urusan kadar bayaran kepada bukan penjawat awam dalam tempoh 2 minggu.
  15. Menguruskan penetapan kadar hasil dalam tempoh 3 hari.
  16. Menguruskan pengecualian bayaran Fi Perubatan & Fi Penilaian dlam tempoh 2 minggu.
  17. Menguruskan urusan bayaran balik wang tak dituntut (oleh agensi) dalam tempoh 2 minggu.
  18. Menguruskan permohonan kelulusan khas pinjaman kenderaan dalam tempoh 1 minggu.
  19. Menguruskan urusan kelulusan khas pinjaman komputer dalam tempoh 3 hari.
  20. Menguruskan pemberian pengecualian caruman KWAP dalam tempoh 2 minggu.
  21. Menguruskan urusan tuntutan perjalanan di bawah AP100(a) dalam tempoh 3 hari.
  22. Memberi keputusan bagi permohonan pembelian kereta rasmi semasa bersara (option to purchase) dalam tempoh 1 bulan.
  23. Memproses permohonan Kereta Rasmi Jawatan (KRJ) dalam tempoh 1 minggu.
  24. Memproses permohonan Kenderaan Jabatan (KJ) dalam tempoh 2 minggu.

 

 CARTA ORGANISASI