Print this page

VISI
Rakan strategik teknologi kepada Perbendaharaan.

MISI
Menyediakan penyelesaian IT yang strategik untuk Perbendaharaan mencapai kecemerlangan dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara.

OBJEKTIF

  1. Memperkukuh dan mewujudkan tadbir urus ICT yang baik;
  2. Merancang dan melaksanakan inisiatif-inisiatif ICT selaras dengan persekitaran semasa;
  3. Membangunkan penyelesaian IT yang memenuhi keperluan bisnes bahagian;
  4. Memberi perkhidmatan ICT yang berkualiti, tepat dan selamat; dan
  5. Membangun dan melaksana program latihan pembangunan kemahiran dan kompetensi dalam bidang ICT.


FUNGSI

  1. Perancangan dan strategi ICT;
  2. Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi;
  3. Pengurusan infrastruktur ICT dan sokongan teknikal;
  4. Tadbir urus ICT; dan
  5. Pembudayaan ICT dan latihan.

 

PIAGAM PELANGGAN
Membangunkan sistem aplikasi berpandukan proses kitar hayat pembangunan sistem (SLDC):

  1. Membangunkan setiap modul sistem aplikasi dalam tempoh 4-6 bulan;
  2. Melengkapkan dokumentasi bagi setiap modul dalam masa satu (1) bulan selepas siap pembangunan aplikasi; dan
  3. Mengadakan latihan pengguna dalam tempoh satu (1) bulan selepas siap pembangunan aplikasi.

 

Khidmat sokongan teknikal:

  1. Tindakan akan diambil dalam masa dua (2) jam selepas tiket aduan dikeluarkan oleh Helpdesk;
  2. Menyediakan peralatan gantian sekiranya peralatan ICT yang rosak tidak dapat dibaiki dalam tempoh 24 jam;
  3. Memastikan 97% tahap ketersediaan perkhidmatan e-mel;
  4. Mewujudkan akaun e-mel pengguna dalam hari yang sama bagi permohonan yang diterima sebelum jam 2:00 petang. Permohonan yang diterima selepas jam 2:00 petang akan diproses pada hari bekerja yang berikutnya.

 

Kertas projek ICT untuk kelulusan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) MOF:

  1. Memproses permohonan projek ICT dalam tempoh dua (2) minggu dan tarikh terima permohonan sekiranya permohonan lengkap.

 

 CARTA ORGANISASI