Print this page

VISI
Agensi unggul pengurusan fiskal dan makroekonomi negara.

MISI
Memastikan kemapanan dasar fiskal dan pertumbuhan ekonomi melalui penyaluran maklumat berkesan dan khidmat nasihat professional.

FUNGSI

  1. Membangunkan dasar dan strategi fiskal, dengan mengambilkira matlamat pembangunan negara dan imbangan keseluruhan belanjawan termasuk pendapatan/hasil, perbelanjaan dan pengurusan hutang;
  2. Memantau, menganalisis, merumus dan melaporkan status fiskal keseluruhan dan pematuhan terhadap strategi fiskal oleh bahagian-bahagian (MOF) yang berkaitan dan agensi-agensi Kerajaan lain;
  3. Menyediakan rangka kerja dan unjuran makroekonomi negara bagi membantu Kerajaan menilai kedudukan semasa ekonomi dan fiskal serta sosioekonomi yang selari dengan perancangan jangka masa pendek dan sederhana;
  4. Menganalisis tren dan prestasi ekonomi domestik dan global serta kesannya ke atas ekonomi negara dan kewangan fiskal serta sosioekonomi;
  5. Membangunkan model ekonomi, fiskal dan sosial bagi jangka pendek dan sederhana dengan menggunakan pelbagai kaedah ekonometrik dan instrumen kewangan serta sosial;
  6. Menjalankan penyelidikan ekonomi, fiskal dan sosial serta memberi khidmat nasihat ke atas isu-isu yang memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, kedudukan kewangan Kerajaan dan sosioekonomi; dan
  7. Menerbitkan Buku Tinjauan Ekonomi dan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan, Laporan Ekonomi Suku Tahunan dan Laporan Ekonomi Bulanan serta laporan/artikel isu-isu semasa ekonomi, fiskal dan sosioekonomi.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Menyediakan Buku Tinjauan Ekonomi dan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan untuk dibentangkan di Parlimen pada hari Belanjawan.
  2. Bahagian Fiskal dan Ekonomi juga berperanan sebagai penasihat dan penyedia maklumat mengenai perkembangan ekonomi negara kepada Kerajaan bagi membantu memudahkan penggubalan dasar dalam menangani isu-isu jangka masa pendek dan sederhana demi mencapai matlamat untuk menguruskan ekonomi dengan cekap, telus dan berkesan serta Belanjawan berimbang ke arah mencapai matlamat tersebut inisiatif strategik seperti berikut akan dilaksanakan:
    • Mengadakan Majlis Konsultasi Belanjawan dan perbincangan kumpulan fokus bagi mendapatkan pandangan dan input sektor swasta dan awam, pertubuhan professional, universiti dan NGO berkaitan dengan isu-isu ekonomi semasa serta cadangan untuk digubal dalam strategi dan langkah belanjawan negara.
    • Menyediakan Buku Tinjauan Ekonomi dan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan dan memastikan disiapkan bersama pembentangan belanjawan tahunan serta sebagai rujukan agensi penarafan antarabangsa dan stakeholder/pelanggan di dalam dan di luar negeri.
    • Menyediakan Laporan Suku Tahunan (Malaysian Economy Quarter) untuk rujukan stakeholder/ pelanggan dan agensi penarafan antarabangsa di dalam dan di luar negeri.

 

 CARTA ORGANISASI