Print this page

Tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas individu, syarikat, firma perunding dan pertubuhan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sekiranya melakukan kesalahan.

A. Jenis-jenis kesalahan :

  1. Melanggar syarat pendaftaran, memalsukan atau meminda maklumat/dokumen, memperdaya untuk taraf Bumiputera, membenarkan sijil akuan pendaftaran digunakan oleh individu/syarikat/firma perunding lain, gagal mematuhi syarat pendaftaran, gagal mengemaskini maklumat syarikat/firma perunding atau tidak memberi kerjasama dalam hal-hal urusan pendaftaran;
  2. Melanggar syarat tender/ kontrak dengan pemalsuan maklumat/dokumen, menarik diri selepas penutupan tender/sebutharga, menolak tawaran yang telah dikeluarkan oleh Agensi setelah tawaran di buat, berpakat menentukan harga dengan syarikat/firma perunding lain, menyerah hak atau assign kepada syarikat/firma perunding lain, gagal mengekalkan syarat penarafan Bumiputera sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa, gagal mematuhi obligasi kontrak/pesanan Kerajaan, gagal menepati spesifikasi, gagal menepati Terma Rujukan/skop perunding, kesalahan berkaitan kapasiti firma perunding atau tidak membuat pembaharuan pendaftaran; dan
  3. Kesalahan jenayah seperti rasuah, penipuan dan pecah amanah atau tanggungan sivil seperti dikenakan perintah Penghutang Penghakiman (Judgement Debtor), bankrupt, perintah Penerimaan (Receivership) atau Pelikuidasi (Liquidation).

 

B. Jenis-jenis tindakan/hukuman tatatertib yang boleh diambil bagi kesalahan di atas adalah seperti berikut :

  1. Diberi surat amaran ke atas kesalahan yang telah dilakukan;
  2. Dibatalkan kod bidang yang telah diluluskan;
  3. Digantung pendaftaran bagi tempoh maksimum sehingga lima (5) tahun dan dilarang menerima/ menyertai apa-apa tawaran;
  4. Dibatalkan pendaftaran bagi tempoh maksimum sehingga lima (5) tahun dan dikeluarkan daripada rekod pendaftaran Kementerian Kewangan;
  5. Disenaraihitamkan nama pemilik modal dan atau ahli Lembaga Pengarah bagi tempoh maksimum sehingga lima (5) tahun; dan
  6. Pembatalan taraf Bumiputera bagi tempoh maksimum sehingga lima (5) tahun.

 

C. Maklumat lanjut berkatian tindakan tatatertib boleh dirujuk kepada 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) / Perolehan Kerajaan (PK) 8 – Ketidakpatuhan Dalam Perolehan Kerajaan

D. Keputusan Jawatankuasa Tindakan Tatatertib (JKTT) ke atas syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan :

  1. Keputusan Mesyuarat JKTT Bil.2/2019
  2. Keputusan Mesyuarat JKTT Bil.1/2019
  3. Keputusan Mesyuarat JKTT Bil.2/2018
  4. Keputusan Mesyuarat JKTT Bil.1/2018
  5. Keputusan Mesyuarat JKTT Bil.1/2017
  6. Keputusan Mesyuarat JKTT Bil.1/2015
  7. Keputusan Mesyuarat JKTT Bil.2/2014
  8. Keputusan Mesyuarat JKTT Bil.1/2014
  9. Keputusan Mesyuarat JKTT Bil.1/2013