Print this page
  1. ePerolehan merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. ePerolehan bertindak sebagai medium alternatif untuk para pembekal mendaftar/memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Aplikasi kerajaan elektronik ini dijangka mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila konsep "paperless" atau bebas kertas diguna pakai sepenuhnya.
  2. Perkhidmatan yang ditawarkan di dalam Sistem ePerolehan adalah meliputi:
    • Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga
    • Menghantar permohonan
    • Menerima Permohonan
    • Menyemak status permohonan
    • Menyerahkan tawaran tender
    • Membuat / menerima pembayaran secara atas talian
    • Katalog Elektronik (eCat).
  3. Modul Utama adalah modul yang digunapakai oleh pihak Kerajaan dan pembekal dalam melaksanakan perolehan Kerajaan di dalam ePerolehan. Pembentukan proses perolehan adalah berdasarkan polisi Perolehan Kerajaan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Modul ini membolehkan pihak Kerajaan menjalankan aktiviti seperti berikut:
    • Merancang sesuatu perbelanjaan dan perolehan
    • Mencari, memilih, menilai, dan melantik pembekal untuk menyediakan bekalan atau perkhidmatan
    • Mencipta dan menguruskan sesuatu Kontrak Kerajaan
    • Proses permintaan dan pemenuhan bagi bekalan dan perkhidmatan serta pembayaran
  4. Selain daripada Kerajaan, pembekal juga boleh menggunapakai modul utama untuk:
    • Penerimaan Pesanan Pembelian Kerajaan, memasukkan Pesanan Penghantaran dan mencipta invois
    • Pendaftaran sebagai pembekal Kerajaan
  5. Terdapat lima (5) Modul Utama di dalam ePerolehan Baharu seperti berikut:
    • Plan Perolehan
    • Pengurusan Pembekal
    • Pemilihan Pembekal
    • Pemenuhan
    • Plan Pengurusan Kontrak