wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

  • Apakah peranan Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian Kewangan (JPICT MOF)

    JPICT MOF merupakan sebuah jawatankuasa IT tertinggi peringkat kementerian yang ditubuhkan untuk memantau pembangunan dan penggunaan ICT di kementerian. Agensi-agensi Kementerian Kewangan yang menggunakan peruntukan kewangan kerajaan persekutuan perlu mendapat kelulusan teknikal projek ICT daripada JPICT MOF. JPICT MOF akan menimbang dan meluluskan permohonan projek ICT daripada sudut teknikal, berdasarkan kepada keperluan sebenar dan dengan perbelanjaan yang berhemah serta mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkaitan daripada. Senarai agensi yang terlibat adalah seperti berikut:

    1. Perbendaharaan Malaysia;
    2. Jabatan Kastam DiRaja Malaysia – JKDM;
    3. Jabatan Akauntan Negara Malaysia – JANM;
    4. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta – JPPH; dan
    5. Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS

    JPICT MOF memantau status pelaksanaan projek ICT setiap agensi yang telah diluluskan disamping pematuhan kepada inisiatif sektor awam.

  • Skop projek ICT yang memerlukan kelulusan teknikal daripada JPICT MOF?

    Rujuk garis panduan di alamat: www.treasury.gov.my/index.php/agensi.html

  • Peringkat kelulusan teknikal projek ICT mengikut had nilai projek?

    Rujuk garis panduan di alamat: www.treasury.gov.my/index.php/agensi.html

  • Kekerapan Mesyuarat JPICT MOF?

    JPICT MOF akan mengadakan mesyuarat minimum empat (4) kali dalam satu tahun. Semua kertas permohonan hendaklah dikemukakan kepada urus setia (Seksyen Strategi dan Perancangan Sumber, Bahagian Teknologi Maklumat). Rujuk garis panduan di alamat: www.treasury.gov.my/index.php/agensi.html

  • Tempoh sah laku kelulusan JPICT MOF?

    Tempoh sah laku kelulusan JPICT MOF adalah selama tiga (3) tahun dari tarikh surat kelulusan. Sekiranya projek yang diluluskan tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut, agensi hendaklah memohon semula kelulusan JPICT MOF sebelum melaksanakan projek ICT tersebut.

  • Bagaimanakah cara untuk memohon akaun e-mel?

    Warga Perbendaharaan dikehendaki mengisi Borang Permohonan ID Pengguna/Pentadbir, PERB/BTM/UI/01 (Ver 1.4) yang boleh dimuat turun daripada Portal Perbendaharaan dan mengemukakan kepada Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat. Akaun emel akan diwujudkan dalam hari yang sama bagi permohonan yang diterima sebelum jam 2:00 petang. Permohonan yang diterima selepas jam 2:00 petang akan diproses pada hari bekerja yang berikutnya.

  • Bagaimanakah cara untuk memohon peralatan ICT bagi pegawai baharu di Perbendaharaan?

    Pegawai aset/coordinator ICT Bahagian perlu mengemukakan permohonan melalui memo kepada Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat. Peralatan ICT akan disediakan dalam masa tiga (3) hari dari tarikh terima permohonan tertakluk kepada ketersediaan stok.

  • Apakah prosedur pelaporan kerosakan kemudahan ICT Perbendaharaan?

    Warga Perbendaharaan boleh membuat aduan melalui telefon ke talian meja bantuan ICT iaitu 03-88824444 atau e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

  • Apakah yang dimaksudkan dengan Single Sign-On Perbendaharaan?

    SATU ID atau Single Authentication for Treasury User Identification adalah satu kemudahan single sign-on. Melalui SATU ID, pengguna hanya perlu mengingat SATU ID dan katalaluan sahaja untuk mengakses sistem-sistem aplikasi Perbendaharaan yang dibenarkan capaiannya.

  • Apakah peraturan/polisi ICT yang perlu dipatuhi oleh warga Perbendaharaan?

    Warga Perbendaharaan perlu menandatangani Surat Akuan Pematuhan Polisi ICT Perbendaharaan. Polisi ICT ini boleh dirujuk dalam Portal Perbendaharaan.