wrapper

Topik Popular

Siaran Media
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


DANA TABUNG HARAPAN MALAYSIA SEBANYAK RM205 JUTA TELAH DIGUNAKAN SEPENUHNYA UNTUK MEMBAYAR HUTANG 1MDB


Kementerian Kewangan melalui siaran medianya bertarikh 7 Februari 2019 telah memaklumkan bahawa baki akhir Tabung Harapan Malaysia (THM) sehingga 14 Januari 2019, iaitu tarikh akhir penerimaan sumbangan, adalah berjumlah RM202,716,775. Selanjutnya, faedah pelaburan sebanyak RM2,774,444 telah diterima dan ini menjadikan jumlah besar dalam akaun amanah THM adalah sebanyak RM205,491,219 (Jadual 1).

 

Jadual 1: Baki Akhir Tabung Harapan Malaysia Termasuk Faedah 

Punca Pembayaran Jumlah
Jumlah sumbangan daripada rakyat Malaysia RM202.72 juta
Faedah yang diterima RM2.77 juta
Jumlah Besar RM205.49 juta

Kerajaan sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang ke dalam THM ini.

 

Penggunaan Dana Tabung Harapan Malaysia

Pada 28 November 2019, Kerajaan telah menggunakan keseluruhan dana THM dengan pembayaran sebanyak RM61,680,261.87 bagi pelunasan bayaran faedah sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note).

Pembayaran sebanyak RM61.68 juta yang dibiayai oleh dana Tabung Harapan Malaysia adalah hanya sebahagian daripada jumlah pembayaran faedah IMTN yang berjumlah RM143.75 juta (Jadual 2). Baki sebanyak RM82.07 juta telah dibiayai melalui dana pemulihan aset 1MDB yang berjumlah kira-kira RM1.45 bilion setakat ini.

 

Jadual 2: Sumber Pembiayaan Faedah 1MDB IMTN Pada 28 November 2019 

Punca Pembayaran Amaun
Dibiayai melalui Tabung Harapan Malaysia RM61.68 juta
Dibiayai melalui Dana Pemulihan aset 1MDB RM82.07 juta
Jumlah faedah sukuk 1MDB IMTN RM143.75 juta

 

Untuk pengetahuan umum, semua pembayaran yang dibiayai oleh dana Tabung Harapan Malaysia adalah seperti berikut:

 

Jadual 3: Senarai Penggunaan Dana Tabung Harapan Malaysia 

Bil Penggunaan Dana THM Tarikh Pembayaran Jumlah (RM) Jumlah Dana THM Yang Digunakan (RM) Status
1 Melunaskan sebahagian hutang 1MDB - Faedah Bon 1MDB IMTN 30 Mei 2019 143,750,000 143,750,000 Selesai
2 Bayaran balik cek tak laku 16 Jun 2019 51,500 51,500 Selesai
3 Bayaran balik sumbangan terkhilaf 25 Jun 2019 9,457 9,457 Selesai
4 Melunaskan sebahagian hutang 1MDB 28 Nov 2019 143,750,000 61,680,262 Selesai
Jumlah dana THM yang telah digunakan  RM 205,491,219

 

Obligasi Kewangan 1MDB

Kerajaan komited untuk membayar semua obligasi pinjaman yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu. Bayaran seterusnya yang perlu dibuat oleh 1MDB adalah bayaran faedah bon terbitan 1MDB Global Investments Limited (GIL) sebanyak USD66 juta yang akan dibayar pada 9 Mac 2020

Secara keseluruhannya, sebanyak RM13.9 bilion terpaksa dibelanjakan oleh Kerajaan untuk membiayai hutang-hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) sejak 2017 hingga 2020 seperti berikut:

 

Jumlah yang telah dibayar oleh MOF dan syarikat MKD bagi 1MDB dan SRC 2017 RM6.7 bilion
2018 RM2.1 bilion
Jumlah yang telah disediakan untuk melunas hutang-hutang 1MDB dan SRC 2019 RM2.4 bilion
2020 RM2.7 bilion
Jumlah keseluruhan 2017 - 2020 RM 13.9 bilion

 

Hutang 1MDB pada masa ini adalah berjumlah RM50.5 bilion termasuk faedah yang hanya akan dilangsaikan sepenuhnya pada tahun 2039. Dengan pembayaran terakhir sebanyak RM61.68 juta maka dana Tabung Harapan Malaysia sebanyak RM205 juta telah digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1MDB.

 

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
30 November 2019