wrapper

Topik Popular

 

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM BAGI TEMPOH 30 NOVEMBER 2019 SEHINGGA 6 DISEMBER 2019


Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 30 November 2019 sehingga 6 Disember 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 kekal pada harga RM2.66 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.36 seliter dan RM2.29 seliter masing-masing. Tiada perubahan bagi harga runcit produk petrol RON95, manakala terdapat kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.27 seliter pada minggu lepas

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat. Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi tempoh 30 November 2019 sehingga 6 Disember 2019 adalah berjumlah RM115.70 juta.

 

Produk Harga Jualan Runcit Berdasarkan APM (RM/liter) Harga Jualan Runcit Yang Ditetapkan (RM/liter) Anggaran Tanggungan Subsidi Kerajaan Bagi Tempoh 30 Hingga 6 Disember 2019 (RM’ juta)
RON97 2.66 2.66 Tiada
RON95 2.36 2.08 99.48
Diesel 2.29 2.18 16.22
Jumlah Keseluruhan 115.70

Sayangi Malaysiaku!

Kementerian Kewangan
Putrajaya
29 November 2019