wrapper

Topik Popular

 

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM BAGI TEMPOH 2 NOVEMBER 2019 SEHINGGA 8 NOVEMBER 2019


 

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 2 November 2019 sehingga 8 November 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. (i) harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM2.59 seliter kepada RM2.56 seliter;
  2. (ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. (iii) harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.26 seliter dan RM2.33 seliter masing-masing. Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.29 seliter, manakala kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.29 seliter.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat. Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi tempoh 2 November 2019 sehingga 8 November 2019 adalah berjumlah RM86.25 juta.

Produk Harga Jualan Runcit Berdasarkan APM (RM/liter) Harga Jualan Runcit Yang Ditetapkan (RM/liter) Anggaran Tanggungan Subsidi Kerajaan Bagi Tempoh 2 Hingga 8 November 2019 (RM’ juta)
RON97 2.56 2.56 Tiada
RON95 2.26 2.08 64.63
Diesel 2.33 2.18 21.62
Jumlah Keseluruhan 86.25

Sayangi Malaysiaku!

Kementerian Kewangan
Putrajaya
1 November 2019