wrapper

Topik Popular

Siaran Media
MENTERI KEWANGAN MALAYSIA
YB TUAN LIM GUAN ENG


LEBIH RM4 BILION TANAH MILIK KERAJAAN PERSEKUTUAN DIJUAL OLEH KERAJAAN TERDAHULU BERBANDING DENGAN TIADA PELUPUSAN TANAH MILIK KERAJAAN SELEPAS 9 MEI 2018



Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan tidak pernah membuat sebarang penjualan tanah milik kerajaan, meskipun terdapat dakwaan-dakwaan menyatakan sebaliknya.

Rajah di bawah jelas membuktikan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei 2018, tiada tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual kepada mana-mana pihak.

Pada masa yang sama lebih RM4 bilion tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual oleh kerajaan terdahulu antara tahun 2010 hingga 2017. Malah, kebanyakan penjualan tanah milik Kerajaan yang berlaku dalam tempoh tersebut dilakukan secara rundingan terus, dan bukannya secara tender terbuka.

Para pemimpin pentadbiran lalu yang terus-menerus menuduh Kerajaan Pakatan Harapan menjual tanah dan aset Kerajaan harus menghentikan dakwaan mereka yang tidak berasaskan fakta, dan akui bahawa ini merupakan satu amalan lazim Kerajaan yang mereka anggotai dahulu.

Rajah: Penjualan tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dari tahun 2010 sehingga September 2019.

Bil. Lot Tanah Keluasan  Kaedah Pelupusan  Tahun  Harga Jualan (RM)
1 PT132, Seksyen 69,
Kuala Lumpur
12,470 m2 /
3.0814 ekar
Rundingan Terus 2010 58,609,000.00
Jalan Cochrane,
Kuala Lumpur
[ Plot A1, Plot A2, Plot A3,
Plot A4 dan Plot B1]
173,573.72 m2/
42.891 ekar
Rundingan Terus 2011 532,981,647.00
3 Plot B3, Jalan Cochrane,
Kuala Lumpur
26,688 m2/
6.5947
Rundingan Terus 2011 32,145,886.00
4 GRN 49282 Lot 11972,
Mukim Ampang,
Kuala Lumpur
55,441.933 m2/
13.7 ekar
Tender Terhad 2011 334,789,092.00
5 Lot 104 Seksyen 88,
Kuala Lumpur
24,540 m2/
6.06 ekar
Rundingan Terus 2011 93,710,628.00 
6 Lot 11979,
Mukim Ampang, Kuala Lumpur 
27,550 m2/
6.8077 ekar
Rundingan Terus 2011 103,672,800.00
7 Lot 301, GRN 17113 Sek 63,
Kuala Lumpur
27,539 m2/
6.805 ekar
Rundingan Terus 2011 162,800,000.00 
8 HSD 201415 PT 1007,
Seksyen 7, Bandar Shah Alam,
Selangor
28,481 m2/
7.0378 ekar 
Rundingan Terus 2012 40,000,000.00
9 GRN 85981 Lot 14622,
Bandar Baru Bangi,
Selangor (INSPEN 1)
80,335 m2/
19.8512 ekar
Rundingan Terus 2013 225,000,000.00
10 HSD 119602, PT 26
Seksyen 51,
Bandar Kuala Lumpur  
80,988 m2/
20.0125 ekar 
Rundingan Terus 2013 1,000,000,000.00
11 Lot 1220 & Lot 1222,
Seksyen 69,
Bandar Kuala Lumpur 
49,980 m2/
12.3503 ekar
Rundingan Terus 2013 283,073,185.00
12 Lot 44, Bandar Kuala Lumpur
dan Memorial Tun Hussein Onn
(tidak termasuk RM50 juta kos pampasan). 
16,755.2 m2/
4.1403 ekar
Rundingan Terus 2014 250,000,000.00
13 GRN 34100 Lot 311 dan
GRN 34198 Lot 102 Seksyen 63,
Kuala Lumpur
5,048.275 m2/
1.2474 ekar
Rundingan Terus 2015 140,000,000.00
14 GRN 78883 Lot 481123,
Jalan Lembah Ledang,
Kuala Lumpur
77,450 m2/
19.138 ekar
Tender Terbuka 2016 646,000,000.00
15 PT 457, Jalan Hang Tuah,
Kuala Lumpur 
18,453.66 m2/
4.56 ekar
Rundingan Terus 2016 192,336,060.00
16 GRN 49800 Lot 342,
Seksyen 63, Jalan Conlay,
Kuala Lumpur
13,992 m2/
3.46 ekar
Rundingan Terus 2017 325,500,000.00
        JUMLAH 4,420,618,298.00

Harus ditekankan juga bahawa urusan penyahlaburan dan pelupusan bukan-teras dan bukan-kritikal aset negara adalah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, dan bertujuan mengimbangkan kembali portfolio Kerajaan dan menjajarkan kembali peranan sektor awam.


Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng 

Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
9 Oktober 2019