wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM BAGI TEMPOH 5 OKTOBER 2019 SEHINGGA 11 OKTOBER 2019


Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 5 Oktober 2019 sehingga 11 Oktober 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 19 sen seliter iaitu daripada RM2.79 seliter kepada RM2.60 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.30 seliter dan RM2.34 seliter masing-masing. Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.49 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.39 seliter.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat. Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 5 Oktober 2019 sehingga 11 Oktober 2019 adalah berjumlah RM101.52 juta.

Produk Harga Jualan Runcit Berdasarkan APM (RM/liter) Harga Jualan Runcit Yang Ditetapkan (RM/liter) Anggaran Tanggungan Subsidi Kerajaan Bagi Tempoh 5 Hingga 11 Oktober 2019 (RM’ juta)
RON97 2.60 2.60 Tiada
RON95 2.30 2.08 78.19
Diesel 2.34 2.18 23.33
Jumlah Keseluruhan 101.52

Sayangi Malaysiaku!

Kementerian Kewangan
Putrajaya
4 Oktober 2019