wrapper

Topik Popular

 

Siaran Media
Kementerian Kewangan Malaysia


HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM BAGI TEMPOH 7 SEPTEMBER 2019 SEHINGGA 13 SEPTEMBER 2019



Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 7 September 2019 sehingga 13 September 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 kekal pada harga RM2.50 seliter
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.


Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.20 seliter dan RM2.26 seliter masing-masing. Tiada perubahan bagi harga runcit produk petrol RON95 manakala terdapat kenaikan bagi harga diesel yang berada pada paras RM2.23 pada minggu lepas.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat. Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 7 September 2019 sehingga 13 September 2019 adalah berjumlah RM52.61 juta.

Produk Harga Jualan Runcit Berdasarkan APM (RM/liter) Harga Jualan Runcit Yang Ditetapkan (RM/liter) Anggaran Tanggungan Subsidi Kerajaan Bagi Tempoh 7 September 2019 Sehingga 13 September 2019 (RM’ juta)
RON97 2.50 2.50 Tiada
RON95 2.20 2.08 41.49
Diesel 2.26 2.18 11.12
Jumlah Keseluruhan   52.61

 

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
6 September 2019