wrapper

Topik Popular

Siaran Media
Kementerian Kewangan Malaysia


HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM BAGI TEMPOH 13 JULAI 2019 SEHINGGA 19 JULAI 2019


Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 13 Julai 2019 sehingga 19 Julai 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM2.53 seliter kepada RM2.57 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

 

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.27 seliter dan RM2.29 seliter masing-masing. Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalamtempoh 13 Julai 2019 sehingga 19 Julai 2019 adalah berjumlah RM114.06 juta.

Produk Harga Jualan Runcit Berdasarkan APM (RM/liter) Harga Jualan Runcit Yang Ditetapkan (RM/liter) Anggaran Tanggungan Subsidi Kerajaan Bagi Tempoh 13 Julai 2019 Sehingga 19 Julai 2019 (RM’ juta)
RON97 2.57 2.57 Tiada
RON95 2.27 2.08 92.29
Diesel 2.29 2.18 21.77
Jumlah Keseluruhan     114.06

Sayangi Malaysiaku!

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
12 Julai 2019