wrapper

Topik Popular

Siaran Media
Kementerian Kewangan Malaysia


NILAI PEMBERIAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2019

 


Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, pada 24 Mei 2019 mengenai pembayaran fasa kedua BSH 2019 pada 28 Mei 2019, peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM1.42 Bilion dan memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH serta 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka. Perincian nilai BSH 2019 yang diterima termasuk anak yang layak adalah seperti berikut:

a) Bantuan Asas BSH 2019: 

Pendapatan Isi Rumah Bawah RM2,000 RM2,001 – RM3,000 RM3,001 – RM4,000
Fasa 1 RM300 RM300 RM300
Fasa 2 RM300 RM150 RM100
Fasa 3 RM400 RM300 RM100
Jumlah RM1,000 RM750 RM550

Bagi permohonan baharu yang tidak menerima bayaran fasa pertama sebanyak RM300, bayaran berkenaan akan disekalikan dalam pembayaran fasa 2 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2019.

b) Kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang anak) kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka adalah seperti berikut:

Bil. Anak 0 1 2 3 4
BSH 2019 - RM120 RM240 RM360 RM480

Bayaran kadar tambahan ini akan dibuat secara sekaligus pada pembayaran fasa 2 BSH 2019.

Secara ringkasnya, sebagai contoh sekiranya Encik Ali berpendapatan di bawah RM2,000 dan mempunyai 4 orang anak yang layak, beliau akan menerima RM1,480 dengan pembayaran sebanyak RM300 pada fasa pertama (Januari 2019), RM780 pada fasa kedua (Mei 2019) dan RM400 pada fasa ketiga (Ogos 2019). Bayaran BSH ini adalah lebih bersasar apabila turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam sebuah keluarga.

Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019. Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada yang tidak layak masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk diverifikasi semula oleh LHDNM. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
28 Mei 2019