wrapper

Topik Popular

Siaran Media
Kementerian Kewangan Malaysia


Makluman Pindaan Waktu Operasi UTC di Sabah dan Sarawak Mulai 4 Mac 2019


Mengambil kira faktor permintaan dan langkah penjimatan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah meneliti semula waktu operasi bagi UTC di Sabah dan Sarawak. Selain itu, pindaan ini juga berikutan dari maklum balas orang ramai yang telah diterima MOF.

Dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa waktu operasi UTC di Sabah dan Sarawak mulai 4 Mac 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

UTC  Waktu Operasi
Hari Bekerja Hujung Minggu
Kota Kinabalu, Sabah Tawau, Sabah Keningau, Sabah

Isnin – Jumaat
10.00 pagi – 7.00 petang

Solat Jumaat
11.30 pagi – 2.00 petang

Sabtu – Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang
Kuching, Sarawak Miri, Sarawak Sibu, Sarawak

Isnin – Jumaat
10.00 pagi – 7.00 petang

Solat Jumaat
11.45 pagi – 2.15 petang

Sabtu – Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang
UTC beroperasi setiap hari kecuali pada cuti umum

Walaupun pertukaran waktu operasi ini dibuat sebagai langkah penjimatan perbelanjaan Kerajaan, UTC tetap beroperasi selama tujuh (7) hari seminggu kecuali cuti umum bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan Kerajaan. Hasil mengoptimumkan waktu operasi UTC ini dijangka akan dapat memberikan penjimatan sebanyak RM2.1 Juta.

Waktu-waktu operasi UTC yang lain kekal seperti yang diumumkan, seperti berikut:

UTC Waktu Operasi
Hari Bekerja Hujung Minggu
Shah Alam, Selangor Keramat, Kuala Lumpur,
Seremban, Negeri Sembilan

Isnin – Khamis
1.00 t/hari – 10.00 malam

Rehat
7.00 petang – 8.00 malam

Jumaat
2.45 petang – 10.00 malam

Sabtu – Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang
Alor Setar, Kedah Johor Bahru, Johor Kota Bharu,
Kelantan Kuala Terengganu, Terengganu

Ahad – Khamis
1.00 t/hari – 10.00 malam

Rehat
7.00 petang – 8.00 malam

Jumaat – Sabtu
8.00 pagi – 5.00 petang
WP Labuan

Isnin – Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang

Solat Jumaat
11.30 pagi – 2.00 petang 

Kangar, Perlis Sungai Petani, Kedah Ipoh, Perak,
Pudu Sentral, Kuala Lumpur Sentul, Kuala Lumpur,
Bandaraya Melaka, Melaka, Pasir Gudang, Johor,
Kuantan, Pahang

Isnin – Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang

Solat Jumaat
12.15 t/hari – 2.45 petang 

Waktu operasi UTC akan dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan permintaan rakyat dipenuhi dan pada masa yang sama perbelanjaan Kerajaan dibuat secara efisien tanpa pembaziran waktu dan tenaga serta wang rakyat.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
20 Februari 2019