wrapper

Topik Popular


KUALA LUMPUR, 29 Nov -- Kementerian Kewangan (MoF) akan menganjurkan Festival LIFT (Literasi Teknologi Kewangan) Purajaya 2019 pertama, bagi meningkatkan kadar celik kewangan sejajar matlamat kerajaan untuk memupuk masyarakat digital.

Dalam kenyataan hari ini, MoF berkata acara dua hari dari 28 hingga 29 Dis itu dianjurkan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan industri kewangan.

"Ia bermatlamat untuk mengetengahkan kedudukan industri kewangan di Malaysia pada masa kini dan akan datang," katanya.

Sementara itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata festival itu bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kadar celik kewangan, bahkan untuk mengupayakan masyarakat dengan maklumat mengenai perkembangan kewangan dan teknologi terkini dalam ekonomi digital.

"Kami mahu memastikan prospek ekonomi dan pekerjaan dengan membuat pesediaan masa depan untuk golongan muda pada masa ini dan generasi akan datang," katanya.

Festival itu akan mengetengahkan persembahan dalam bidang seni dan teknologi yang memberi gambaran mengenai kewangan pada masa depan, menggunakan konsep yang menyeronokkan dan interaktif.

LIFT berlangsung di tiga lokasi strategik iaitu di Menara PERKESO Putrajaya, Bangunan Suasana PjH dan Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya .

-- BERNAMA