wrapper

Topik Popular

KUALA LUMPUR, 28 SEPT - Pembayaran rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai Isnin ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah (B40), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menurutnya pembayaran rayuan tersebut akan melibatkan hampir 220,000 penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM120 juta.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BSH 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Lim berkata sejumlah RM4.2 bilion telah disalurkan bagi keseluruhan fasa bayaran BSH 2019 (termasuk rayuan) kepada hampir 3.9 juta isi rumah yang diluluskan.

“Ia turut mengambil kira bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksimum empat orang anak yang melibatkan hampir 3.6 juta anak penerima BSH,” katanya.

Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun ke bawah dan juga anak Orang Kurang Upaya (OKU) tanpa had umur.

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut boleh dibuat menerusi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. -- BERNAMA