wrapper

Topik Popular

Harga runcit petrol RON97 turun satu sen seliter daripada RM2.51 kepada RM2.50 seliter bagi tempoh 31 Ogos hingga 6 Sept.

Kenyataan Kementerian Kewangan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi tempoh sama.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya adalah sebanyak RM2.20 seliter dan RM2.23 seliter.

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu.

Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 31 Ogos sehingga 6 Sept berjumlah RM48.84 juta.

-Bernama