wrapper

Topik Popular

KUALA LUMPUR, 20 OGOS -Jumlah stok pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia meningkat 10.3 peratus kepada RM 667.5 bilion dalam suku kedua 2019, berbanding RM605.1 bilion, tahun lalu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menerusi kenyataan medianya berkata negara masih menjadi destinasi pelaburan antarabangsa, ketika dunia dilanda perang perdagangan.

Prestasi FDI itu dinyatakan dalam Dokumen Kedudukan Pelaburan Antarabangsa yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pertumbuhan ekonomi mampan merupakan antara faktor penyumbang kepada peningkatan stok FDI negara.

Dalam suku yang sama, KDNK Malaysia berkembang 4.9 peratus tahun-ke-tahun, lebih pesat berbanding pertumbuhan 4.5 peratus untuk suku pertama 2019.

Kadar pertumbuhan itu juga melebihi jangkaan pasaran 4.7 peratus, seperti yang disasar Bloomberg.

Sekaligus meyakinkan badan penarafan Fitch Rating menyemak naik unjuran pertumbuhan KDNK tahun ini kepada 4.6 peratus, daripada unjuran asal 4.2 peratus.

Kerajaan menjangkakan KDNK tahun ini berkembang antara 4.5 dan 5.0 peratus tahun ini, berdasarkan trend positif separuh pertama tahun ini.