wrapper

Topik Popular


PUTRAJAYA
: Harga runcit petrol RON97 naik 11 sen kepada RM2.49 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Menurut Kementerian Kewangan, harga runcit produk petrol itu adalah bagi tempoh 29 Jun hingga 5 Julai ini.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.19 seliter dan RM2.28 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,”

Menurut kenyataan itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan dalam tempoh 29 Jun sehingga 5 Julai adalah berjumlah RM75.16 juta.