wrapper

Topik Popular

Kerajaan sedang merangka elaun baru bagi membolehkan anak muda berpeluang mendapatkan pekerjaan berikuan kadar pengangguran yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kadar pengangguran di kalangan belia adalah sebanyak 10.9 peratus pada 2018 berbanding 9.9 peratus pada 2011.

Menjelaskan lanjut, Lim berkata pelan tersebut merupakan inisiatif penting untuk membantu setangah juta belia Malaysia bagi mendapatkan pekerjaan melalui berbagai program.

"Menjadi penganggur boleh merendahkan maruah seseorang dan memberi kesan buruk terhadap keyakinan kendiri. Mendapatkan pekerjaan bukan sahaja tentang memenuhi keperluan ekonomi peribadi tetapi juga memberikan kita satu tujuan hidup dan kehormatan diri," katanya ketika berucap di Putrajaya.

Lim berucap pada majlis pembukaan Perundingan Belanjawan 2020 dengan berbagai organisasi di Kementerian Kewangan hari ini.

Beliau jga meaklumkan kejayaan kerajaan dalam memastikan kadar inflasi rendah bagi tempoh tiga bulan lalu iaitu sebanyak 0.2 peratus.

Menurutnya, kerajaan juga sedang merangka Indeks Kos Sara Hidup yang akan menentukan perbelanjaan minimum yang diperlukan bagi seorang warga negara untuk hidup selesa.

Indeks Kos Sara Hidup akan melengkapi Indes Harga Pengguna sedia ada, kata Lim.

Beliau juga berkata walaupun kerajaan ingin berbelanja lebih banyak, namun ia juga perlu menangani isu-isu warisan pentadbiran terdahulu seperti skandal 1MDB.

"Tiada negara yang dananya lesap RM150 bilion tanpa mendapat kesan buruk sebagai akibatnya," katanya kepada hadirin.

Kementerian Kewangan, kata Lim lag telah menerima maklm balas menggalakkan daripada 162 organisasi di seluruh negara yang meliputi sebanyak 1,516 isu, yang merupakan jumlah tertinggi respon yang diterima oleh kementerian dalam sejarahnya.

2020 akan dibentangkan di parlimen pada 11 Oktober tahun ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan kerajaan sedang membangunkan Indeks Kos Hidup sebagai pelengkap kepada Indeks Harga Pengguna (IHP) sedia ada, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Tidak seperti IHP yang menjejak perubahan umum harga pengguna, indeks baharu ini akan menentukan kos hidup minimum yang diperlukan seseorang untuk hidup dalam keadaan selesa.

"Ia akan membantu kerajaan membangunkan dasar yang lebih tepat dalam menangani kos sara hidup yang dihadapi rakyat Malaysia,” katanya pada mesyuarat Perundingan Belanjawan 2020 , di sini hari ini.

Lim berkata kerajaan kini aktif mengurus tekanan kos hidup yang dihadapi rakyat, dan berkata kadar inflasi Mac, April dan Mei 2019 berada pada tahap rendah dan stabil pada 0.2 peratus.

Lim juga berkata kerajaan sedang menilai dan merangka pelan baharu untuk mendapatkan setengah juta golongan muda Malaysia bekerja menerusi pelbagai program.

“Ini merupakan inisiatif penting memandangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia meningkat kepada 10.9 peratus pada 2018, daripada 9.9 peratus pada 2011. Kadar ini dianggap tinggi berbanding 3.4 peratus kadar pengangguran negara,” kata Lim.