wrapper

Topik Popular


LIM: Kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat untuk berubah dan mencipta idea baharu. - Gambar fail

 

KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) disaran menggunapakai teknologi terkini dalam setiap urusan perniagaan memandangkan ia merupakan antara elemen penting dalam perkembangan ekonomi semasa.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan ketika ini termasuk menyediakan dana bantuan, seperti terkandung dalam Belanjawan 2019, selain memastikan pemain industri dapat memenuhi kehendak pasaran Revolusi Industri 4.0.

Langkah itu juga berupaya menjadikan pemain industri di negara ini sebagai pemangkin kepada usaha merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. “Kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat untuk berubah dan mencipta idea baharu.

“Dana tranformasi pendigitalan industri bernilai RM3 bilion merupakan manifestasi terhadap kesungguhan kerajaan,” katanya semasa berucap pada Majlis Dana Transformasi Pendigitalan di ibu negara, hari ini.

Beliau berkata, menerusi inisiatif yang disediakan, ia diharap dapat menggalakkan produktiviti pemain industri selain mewujudkan peluang pekerjaan dalam merealisasikan sasaran seperti terkandung dalam Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0.