wrapper

Hot Topics

No. Questions/Suggestions Feedback
1. Cadangan: Parkir OKU Bagi Pelawat di Bangunan MOF

Mohon disediakan petak parkir OKU bagi pelawat bangunan MOF dan diselia oleh Pengawal Keselamatan.

Mohd Tarmizi Mohd Daud
21 Januari 2016

Cadangan ini telah dipanjangkan ke Bahagian berkaitan untuk perhatian dan pertimbangan.

Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan
2. Cadangan: Mini UTC Temerloh

Cadangan berkaitan pembinaan Mini UTC di bandar Temerloh, Pahang bagi kemudahan penduduk sekitar Temerloh, Mentakab, Jengka, Bera dan Jerantut.

2 Mac 2016

Keutamaan pembinaan UTC diberi kepada negeri-negeri yang masih belum mempunyai UTC atau mini UTC. Walaubagaimanapun, cadangan ini akan diberi perhatian.

Bahagian Unit Strategi Nasional
3. Cadangan: Kaunter SPR di UTC

Cadangan berkaitan penubuhan kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya di semua UTC untuk kemudahan pendaftaran dan semakan pengundi.

Mohammad Zainorin Arsad
23 April 2016

NSU sedang merangka untuk menubuhkan one stop centre atau Pusat Maklumat Rakyat dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Apabila telah terlaksana kelak, NSU akan memanjangkan jemputan agar kaunter SPR dibuka bagi tujuan pendaftaran pemilih.

Bahagian Unit Strategi Nasional
4. Pertanyaan: Contract for Service

Dimaklumkan bahawa saya mempunyai kemusykilan dalam pembayaran gaji pekerja contract for service berkaitan cuti. Ini kerana pekerja tersebut telah memohon cuti gantian selepas membuat kerja lebih masa atas urusan rasmi. Mengikut di dalam surat tawaran beliau, tiada dinyatakan berkaitan cuti gantian. Mohon bantuan pihak tuan untuk menjelaskan kepada saya adakah pekerja tersebut layak dibayar gaji penuh sekiranya beliau telah mengambil cuti gantian pada bulan tersebut atau bayaran gaji tidak termasuk cuti gantian tersebut.

Suhaila Hajia
29 Januari 2016

Perkhidmatan contract for service merupakan pembelian perkhidmatan untuk menjalankan tugas-tugas bersifat perundingan, khidmat nasihat atau tugas yang memerlukan kepakaran khas yang tidak terdapat atau amat terhad dalam sesebuah organisasi. Sehubungan itu, individu yang dilantik secara contract for service bukan berstatus pegawai awam. Sehubungan itu, kemudahan yang diterima oleh individu contract for service tidak boleh disamakan dengan kemudahan dan juga saraan pegawai perkhidmatan awam. Kemudahan yang diterima oleh individu contract for service adalah sebagaimana yang diluluskan dalam surat pelantikan sahaja.

Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan
5. Pertanyaan: Pekeliling Perbendaharaan

Pegawai telah melapor diri daripada Jabatan Perangkaan Negeri Perak, Ipoh ke Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Putrajaya pada 15.03.2016 (Selasa). Walaubagaimanapun, telah menerima kelulusan penangguhan tarikh bertugas pada 16.03.2016 (Rabu). Adakah pegawai layak menuntut Elaun Perjalanan, Elaun Makan & Elaun Loging semasa datang melapor diri dan semasa pulang ke ibu pejabat lama setelah kelulusan penangguhan diterima?

Mohd Roslan Ismail
18 April 2016

Perbendaharaan telah meneliti pertanyaan berkenaan. Menurut Perenggan 2.2, 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) WP 1.2, bertukar bermakna pegawai bertukar ke luar stesen, seterusnya berpindah rumah dan mendiami rumah berkenaan. Perenggan 3.1.1.6 pula menyatakan pegawai yang bertukar ke luar Stesen adalah bermaksud pegawai yang bertukar, berpindah rumah dan mendiami rumah berkenaan sahaja layak menuntut elaun pertukaran. Sehubungan itu, sekiranya pegawai melapor diri dan menangguhkan pertukaran, beliau layak membuat tuntutan mengikut kelayakan di bawah 1Pekeliling Perbendaharaan WP 1.4 tertakluk kepada urusan melapor diri dan penangguhan tersebut adalah teratur dan diperakukan Ketua Jabatan sebagai urusan rasmi.

Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan
6. Pertanyaan: Pekeliling Perbendaharaan

Sekiranya staf ingin dibersarakan atas sebab kesihatan (kemalangan), adakah boleh diberi ex-gratia kerana keputusan lembaga perubatan adalah 75% staf tidak boleh melakukan kerja2 hakiki lagi dan tiada harapan sembuh.

Iswani Ismail
19 April 2016

Skim Ex-Gratia Bencana Kerja merupakan satu skim yang menyediakan faedah bayaran kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang meninggal dunia atau mengalami kecederaan sehingga menyebabkan hilang upaya kekal (HUK) akibat bencana kerja. Pengesahan dan taksiran HUK adalah ditentukan oleh Lembaga Perubatan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri menggunakan format di Lampiran D3, 1Pekeliling Perbendaharaan WP 6.3. Sehubungan itu, pegawai layak untuk dipertimbangkan bayaran faedah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja sekiranya memenuhi syarat perlindungan Skim dan disahkan mengalami HUK oleh Lembaga Perubatan.

Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan
7. Pertanyaan: MyNGO 2015

Di manakah saya boleh muat turun borang baru untuk pemohonan bantuan geran kerajaan di bawah inisiatif program MyNGO 2015?

Leong Tuck Weng
6 Mei 2016

Program MyNGO di bawah Kementerian Kewangan adalah bersifat one-off iaitu hanya pada tahun 2015 sahaja. Namun begitu pihak NGO boleh memohon kepada kementerian yang berkaitan berdasarkan cadangan program yang ingin dilaksanakan seperti Kementerian Pelancongan (bagi maksud program berkaitan pembangunan kebudayaan) ataupun program melibatkan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Bahagian Pejabat Belanjawan Negara
8. Pertanyaan: Perdaftaran Sijil Kewangan

Bolehkah saya tahu bagaimana syarikat kami dapat memohon Sijil Kewangan Syarikat? Apakah prosesnya?

Chu Pui See
23 Mei 2016

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman web ePerolehan di www.eperolehan.gov.my. Berikut adalah langkah-langkah pendaftaran:

  1. Di laman utama menu pembekal/perunding, klik pendaftaran pembekal/perunding.
  2. Pilih bahasa yang diingini sama ada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
  3. Pilih jenis permohonan daftar sebagai kontraktor baru/perunding baru.
  4. Baca kandungan terma perkhidmatan piawaian ePerolehan.
  5. Klik butang teruskan untuk meneruskan permohonan.

 

Bahagian Perolehan Kerajaan

Sumber: Portal Perbendaharaan & Biro Pengaduan Awam