wrapper

Hot Topics

New Revenue and Expenditure Codes

FAQs

  • Mengapakah perlu ada penjenisan Kod Hasil dan Perbelanjaan seperti yang digariskan dibawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2004?

    Arahan-arahan Perbendaharaan 41 menggariskan bahawa Kod Penjenisan Hasil dan Perbelanjaan tidak boleh diwujudkan kecuali dengan kelulusan Perbendaharaan. Matlamat-matlamat kod penjenisan diadakan adalah seperti berikut:

    1. Untuk memudahkan proses merekod dan membuat laporan berkala;
    2. Untuk membolehkan maklumat-maklumat terperinci dikumpulkan untuk tujuan analisa hasil dan perbelanjaan;
    3. Untuk memenuhi keperluan sistem perakaunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Akauntan Negara; dan
    4. Untuk memenuhi keperluan Jabatan Perangkaan bagi penyediaan Akaun Negara dengan lebih lengkap

  • Bilakah Kod hasil atau Kod Perbelanjaan baru perlu diwujudkan?

    Kod Hasil atau Perbelanjaan baru hendaklah diwujudkan sekiranya:

    1. Kod-kod Hasil/Perbelanjaan sedia ada tidak dapat memberi pengelasan yang tepat;
    2. Kutipan hasil/amaun perbelanjaan adalah nyata (substantial); dan
    3. Pengelasan hasil/perbelanjaan berkenaan adalah dikehendaki untuk tujuan analisa.

  • Bagaimana memohon untuk pengujudan Kod Hasil atau Kod Perbelanjaan yang baru?