Print this page

Institusi Latihan Yang Diluluskan ialah institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi maksud membolehkan syarikat lain mendapat galakan potongan cukai dua kali sekiranya syarikat tersebut menghantar pekerjanya untuk diberi latihan diinstitusi berkenaan. Dengan demikian, galakan ini akan menjadi pendorong kepada syarikat untuk menghantar pekerjanya untuk latihan di institusi latihan yang diluluskan. 

Bagi institusi latihan itu sendiri, ianya akan dapat menikmati pengecualian duti import, cukai jualan dan duti eksais ke atas peralatan latihan sama ada yang diimport ataupun diberi dari pasaran tempatan. 

Kelayakan Permohonan

Institusi yang layak memohon ialah institusi latihan Kerajaan, institusi latihan separa Kerajaan dan institusi latihan swasta yang dianjurkan oleh Persatuan Industri.

Program Yang Layak Diberi Pertimbangan

  • Meliputi kesemua jenis kursus yang dikendalikan oleh institusi latihan Kerajaan dan separa Kerajaan;
  • Bagi institusi latihan swasta, program yang layak diberi pertimbangan mestilah program latihan yang berupaya untuk menghasilkan kemahiran yang melibatkan latihan amali dan dijalankan dalam tempoh tidak kurang daripada 5 hari berkerja. (Program yang mendedahkan pekerja kepada maklumat terbaru, seperti seminar worksyop dan tea-talk adalah tidak layak dipertimbangkan.) 

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Analisa Cukai, Perbendaharaan Malaysia, Tingkat 6 Blok Tengah, Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, 62592 Putrajaya dengan mengisi maklumat-maklumat seperti berikut:

  • Nama dan alamat lengkap institusi;
  • Latarbelakang institusi secara ringkas;
  • Justifikasi permohonan;
  • Sasaran industri; dan
  • Butiran lengkap mengenai kandungan kursus.
  • Bagi institusi latihan swasta, program yang layak diberi pertimbangan mestilah program latihan yang berupaya untuk menghasilkan kemahiran yang melibatkan latihan amali dan dijalankan dalam tempoh tidak kurang daripada 5 hari berkerja. (Program yang mendedahkan pekerja kepada maklumat terbaru, seperti seminar worksyop dan tea-talk adalah tidak layak dipertimbangkan.) 

Jangkamasa Pemerosesan

Keputusan permohonan akan disampaikan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan diterima oleh Perbendahaaraan. 

Pegawai Yang Dirujuk

Pertanyaan mengenai perkara ini boleh dirujukkan kepada pegawai di Unit Perkhidmatan, Seksyen Penyelidikan.