wrapper

Topik Popular

Adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa mulai 1 April 2007, cukai keuntungan harta tanah tidak lagi dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah. Perintah Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah telah diwartakan sebagai P.U.(A) 146 pada 1 April 2007 yang mengecualikan pemakaian semua peruntukan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Dengan perintah tersebut penjual dan pembeli tidak lagi perlu memfailkan borang CKHT 1 dan CKHT 2 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi pelupusan harta tanah pada dan selepas 1 April 2007.

Tarikh pelupusan harta tanah diambil kira pada tarikh perjanjian jual beli ditandatangani atau pada tarikh penyelesaian sekiranya perjanjian adalah kontrak bersyarat ataupun pada tarikh pindah milik/penyelesaian sekiranya tiada perjanjian jual beli ditandatangani.