wrapper

Topik Popular

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 Januari 2010, keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada pelupusan harta tanah yang dipegang melebihi 5 tahun akan dikecualikan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) 5%. Maka apa-apa keuntungan daripada pelupusan hartanah yang mana tempoh pegangan adalah dalam 5 tahun dari tarikh pemerolehan hartanah tersebut akan dikenakan CKHT pada kadar 5%.

Pengecualian ini melibatkan keuntungan bagi kesemua jenis hartanah termasuk saham dalam syarikat hartanah yang dilupuskan oleh semua kategori pemilik hartanah iaitu individu (warganegara, pemastautin tetap, bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap Malaysia), syarikat serta lain-lain pemilik hartanah.

Satu Perintah Pengecualian di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 akan diwartakan untuk menguatkuasakan pengecualian di atas dengan kadar segera. 

Bahagian Analisa Cukai
Kementerian Kewangan
28 Disember 2009