wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


 LAYANAN DUTI SETEM BAGI SURAT CARA PINDAH MILIK HARTA YANG BERNILAI MELEBIHI RM1 JUTA DAN PENGECUALIAN DUTI SETEM BAGI PEMBELIAN RUMAH PERTAMA UNTUK MELANCARKAN AKTIVITI DI DALAM SEKTOR HARTANAH DAN MENGGALAKKAN PEMBELIAN RUMAH PERTAMA OLEH RAKYAT MALAYSIA


Kerajaan mengekalkan kadar duti setem bagi surat cara pindah milik harta semasa yang dikenakan bagi harta yang bernilai melebihi RM1 juta sehingga RM2.5 juta untuk tempoh 6 bulan bagi menggalakkan kelangsungan aktiviti di dalam sektor hartanah. Ini berikutan kenaikan kadar duti setem sebanyak 1% untuk harta yang bernilai melebihi RM1 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Tempoh pengekalan kadar duti setem ini bermula 1 Januari 2019 sehingga 30 Jun 2019.

Harga Balasan/Nilai Pasaran Harta (mengikut mana lebih tinggi)  Kadar duti setem mulai 1.1.2019  Kadar duti setem mulai 1.7.2019 (setelah tamat tempoh 6 bulan pengekalan kadar duti setem)  Pengecualian Duti Setem ke atas pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM1 juta bagi perjanjian jualbeli mulai 1.1.2019 hingga 30.6.2019* 
RM100,000 yang pertama 1%  1%  Dikecualikan   
RM100,001 hingga RM500,000  2% 2%
RM500,001 hingga RM1,000,000  3%  3%
RM1,000,001 hingga RM2,500,000  3%  4%  Tidak berkaitan 

 

Kerajaan Pakatan Harapan amat prihatin dan berlaku adil dalam memperuntukan tempoh masa yang mencukupi supaya proses pindah milik dapat dilakukan dalam tempoh peralihan sebelum kadar baru duti setem dikuatkuasakan khususnya bagi harta yang bernilai melebihi RM1 juta sehingga RM2.5 juta. Seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019, Kerajaan Pakatan Harapan telah bersetuju memberikan insentif pengecualian duti setem 100% bagi pembelian rumah pertama seperti berikut:

Bil.  Harga Rumah Surat cara yang dikecualikan  Tempoh pengecualian 
a)  Harga sehingga RM300,000.  Surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman  Bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2020.
b) Harga di antara RM300,001 dan RM500,000.  Surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman (Pengecualian terhad kepada RM300,000 pertama harga rumah tersebut.)  Bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Julai 2019 sehingga 31 Disember 2020. 
c)  Harga di antara RM300,001 dan RM1 juta dibeli daripada mana-mana pemaju perumahan  Surat cara pindah milik  Bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2019 sehingga 30 Jun 2019. 

 

Pengecualian duti setem di atas adalah bertujuan untuk terus menggalakkan pembelian rumah pertama oleh rakyat Malaysia, meningkatkan pembelian unit rumah yang tidak terjual daripada pemaju, serta merancakkan pasaran harta tanah. Langkah ini merupakan salah satu usaha bagi mengatasi isu lebihan bekalan hartanah kediaman yang semakin meningkat.

 

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
29 Disember 2018

Muat Turun Lampiran: