wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


PEMBEKUAN KENAIKAN KADAR TOL LEBUH RAYA DI SELURUH NEGARA BAGI TAHUN 2019 SERTA PEMANSUHAN TOL MOTOSIKAL BERMULA PADA TAHUN 2019 MELIBATKAN KOS KERAJAAN SEBANYAK RM994.43 JUTA MEMANFAATKAN RAKYAT MALAYSIA


Jemaah Menteri pada 12 Disember 2018 telah bersetuju untuk membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara yang tolnya layak dinaikkan pada tahun 2019. Ini adalah satu penambahbaikan ketara kepada pengumuman Belanjawan 2019 pada 2 November 2018 yang membekukan semua kenaikan kadar tol di lebuh raya dalam bandar sahaja untuk tahun hadapan.

Pembekuan kenaikan kadar tol di 21 lebuh raya secara komprehensif di seluruh negara bagi tahun 2019, pembekuan kadar tol bagi bas di 8 lebuh raya berasingan pada tahun yang sama serta pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang (Jambatan Pertama Pulau Pinang) dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) serta di Lebuhraya Laluan Kedua di Johor bermula 1 Januari 2019, akan melibatkan kos kerajaan yang dianggarkan sebanyak RM994.43 Juta bagi tahun hadapan. Perbelanjaan ini adalah untuk memanfaatkan rakyat Malaysia.

Pembekuan komprehensif ini adalah berasaskan kepada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan untuk meringankan beban sara hidup yang dipikul oleh rakyat Malaysia. Kerajaan menganggarkan bahawa pembekuan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya akan melibatkan kos bayaran pampasan yang dianggarkan berjumlah RM972.75 Juta kepada syarikat konsesi lebuh raya yang berkenaan untuk tahun 2019. Senarai 21 lebuh raya dan plaza tol yang layak mendapat kenaikan kadar tol tetapi telah dibekukan kenaikannya pada tahun 2019, adalah seperti berikut (jadual hanya menunjukkan kadar tol bagi kenderaan Kelas 1 / Kereta):-

Bil. Lebuh Raya / Plaza Tol Kadar Tol Semasa Kenderaan Kelas 1 Dibekukan Kadar Tol 2019 Berdasarkan Perjanjian Konsesi
1. Lebuhraya Utara-Selatan    
  Sistem Tertutup
13.60 sen/km
14.99 sen/km
Plaza Tol Jitra
RM1.60
RM1.80
Plaza Tol Kempas
RM2.10
RM2.30
Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar
RM2.90
RM3.20
2.

Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)

   
  Plaza Tol Tanjung Kupang (Lebuhraya)
RM2.20
RM2.40
Plaza Tol Tanjung Kupang (Jambatan)
RM5.30
RM5.90
Plaza Tol CIQ
RM10.60
RM11.80
Plaza Tol Lima Kedai
RM3.90
RM4.30
Plaza Tol Perling
RM2.30
RM2.50
3. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
RM2.00
RM2.50
4.

Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

   
 

Sistem Tertutup

14.96 sen/km

16.50 sen/km

Levi Plaza Tol KLIA
0.53 sen
0.59 sen
5. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)
12.00 sen/km
14.52 sen/km
6. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
RM2.00
RM2.50
7. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)    
  Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS2)
RM1.00
RM2.30
8. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
RM2.10
RM3.10
9. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
RM2.50
RM3.50

10.

Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
RM1.60
RM1.80
11. Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE)
RM2.50
RM3.30
12. Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)    
  Plaza Tol Utama Putrajaya
RM3.50
RM4.90
Plaza Tol Salak Selatan
RM2.00
RM2.50
Plaza Tol Seri Kembangan
RM2.20
RM3.10
13. Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS)    
  Sistem Tertutup
18.11 sen/km
19.92 sen/km
Plaza Tol Empangan
RM2.30
RM2.60
14. Lebuhraya Senai - Desaru (SDE)    
  Sistem Tertutup
18.11 sen/km
19.92 sen/km
Plaza Tol Sungai Johor Crossing
1.33 sen/km
1.46 sen/km
15. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)    
  Plaza Tol Pantai
RM2.50
RM3.50
Plaza Tol Hubungan Penchala
RM3.00
RM5.00
16. Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)
18.11 sen/km
19.92 sen/km
17. Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH)    
  Plaza Tol Mambau
RM3.20
RM3.60
Plaza Tol Lukut
RM0.80
RM0.90
18. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)    
  Plaza Tol Bukit Raja
RM0.60
RM0.70
Plaza Tol Kapar
RM2.70
RM3.20
Plaza Tol Laluan Kapar-Bukit Raja
RM1.40
RM1.70
Plaza Tol Laluan Pel. Klang-Kapar
RM1.60
RM1.90
19. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
RM1.90
RM2.60
20. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JPP2)
RM8.50
RM9.40
21. Sistem Pengurusan Air Banjir Dan Terowong (SMART)
RM3.00
RM4.00

Jemaah Menteri juga telah bersetuju membekukan kenaikan kadar tol untuk kenderaan Kelas 5 (bas) dengan anggaran kos RM1.68 Juta di 8 lebuh raya berasingan seperti berikut:-

Bil. Lebuh Raya / Plaza Tol Kadar Tol Semasa Kenderaan Kelas 1 Dibekukan Kadar Tol 2019 Berdasarkan Perjanjian Konsesi
1. Lebuhraya Cheras - Kajang (GRANDSAGA)    
  Plaza Tol Batu 9
RM1.00
RM1.30
Plaza Tol Batu 11
RM0.90
RM1.30
2.

Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK)

   
  Plaza Tol Gombak
RM5.00
RM6.00
Plaza Tol Bentong
RM3.00
RM3.50
3. Lebuhraya Kemuning- Shah Alam (LKSA)    
 

Plaza Tol Seri Muda

RM1.20

RM1.70

Plaza Tol Alam Impian
RM0.60
RM0.90
4. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
12.00 sen/km
14.52 sen/km
  Plaza Tol Perai
RM1.30
RM1.50
Plaza Tol Bagan Ajam
RM1.20
RM1.50
Plaza Tol Sg. Nyior
RM0.90
RM1.20
5. Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK)    
  Plaza Tol Sungai Balak / Sungai Ramal / Bukit Kajang / Sungai Long
RM1.00
RM1.80
Bukit Kajang / Sungai Long
RM2.30
RM2.60
6. Lebuhraya KL - Kuala Selangor (LATAR)    
  Plaza Tol Ijok/ Kuang/ Rimba Templer
RM2.00
RM2.50
7. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)    
  Plaza Tol Pantai Dalam
RM1.60
RM2.30
Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS2)
RM1.60
RM2.30
Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5 (PJS5)
RM1.60
RM2.30
8. Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)    
  Plaza Tol Damansara
RM1.00
RM2.00

Seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2019, Kerajaan turut akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang (Jambatan Pertama Pulau Pinang), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang), serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor. Langkah pemansuhan ini dianggarkan memerlukan peruntukan RM20 Juta setahun daripada Kerajaan untuk bayaran pampasan mulai 1 Januari 2019.

Jumlah anggaran bayaran pampasan daripada Kerajaan kepada syarikat konsesi lebuh raya pada tahun 2019 untuk membekukan kenaikan kadar tol bagi tahun 2019 dan memansuhkan kutipan tol motosikal bermula pada tahun 2019 adalah seperti berikut:-

Bil. Perkara Anggaran Pampasan (RM Juta)
1. Pembekuan Kenaikan Kadar Tol Untuk Semua Kelas Kenderaan di 21 Lebuh Raya Bagi Tahun 2019
972.75
2. Pembekuan Kenaikan Kadar Tol Untuk Kenderaan Kelas 5 (Bas) di 8 Lebuh Raya Bagi Tahun 2019
1.68
3. Pemansuhan Kutipan Tol Motosikal di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor
20.00
Jumlah
994.43

Kerajaan sedang mengkaji kaedah terbaik untuk memenuhi janji manifesto yang terkandung dalam Buku Harapan. Pembekuan ini adalah sebahagian daripada usaha tersebut.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
27 Disember 2018