wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


PEMBAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SEBANYAK RM100 KEPADA SETIAP MURID TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 5 DALAM KALANGAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM3,000 KE BAWAH YANG MEMERLUKAN KOS PERBELANJAAN SEBANYAK RM328 JUTA


 

  1. Kerajaan memahami dan mengambil berat akan keperluan perbelanjaan dihadapi oleh ibu bapa menjelang permulaan sesi persekolahan di awal tahun. Sebagai langkah prihatin untuk menangani kos sara hidup, Kerajaan Pakatan Harapan telah megambil inisiatif untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sejumlah RM100 kepada setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah..
  2. Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM328 juta dan akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk diagihkan ke sekolah-sekolah mulai Januari 2019. Tujuan utama pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga..
  3. Kerajaan komited untuk menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti untuk semua pelajar tanpa mengira latar belakang, termasuklah dari segi barang keperluan dan kelengkapan persekolahan.

  

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan
Putrajaya
22 Disember 2018

Muat Turun Lampiran: