SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
Pemberian Bantuan RM300 Kepada 274,639 Pekebun Kecil Getah RISDA Bagi Akhir Tahun 2018 Dan Awal 2019
Atas cadangan Kementerian Kewangan, Jemaah Menteri pada 12 Disember 2018 telah bersetuju supaya peruntukan sebanyak RM164,783,400 bagi pemberian bantuan kepada 274,639 pekebun kecil getah RISDA yang berhadapan dengan beban sara hidup berikutan daripada pendapatan mereka terjejas semasa musim tengkujuh.
Kesukaran para pekebun kecil getah RISDA telah mendapat perhatian dan keprihatinan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meluluskan Bantuan Musim Tengkujuh ini. Justeru itu, Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM164,783,400 melibatkan RM600 yang akan dibayar dalam 2 peringkat, iaitu pada akhir tahun ini berjumlah RM300 dan baki RM300 untuk awal tahun depan. Ini akan memanfaatkan seramai 274,639 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan RISDA di seluruh negara mengikut pecahan negeri:
PECAHAN BILANGAN PEKEBUN KECIL DAN PENOREH MENGIKUT NEGERI:
NEGERI |
PEMILIK PENGUSAHA |
PENOREH |
JUMLAH PENERIMA |
BILANGAN PEKEBUN KECIL |
|||
JOHOR |
12,515 |
1,533 |
14,048 |
KEDAH |
41,654 |
3,643 |
45,297 |
KELANTAN |
43,051 |
6,277 |
49,328 |
MELAKA |
7,095 |
203 |
7,298 |
NEGERI SEMBILAN |
19,722 |
592 |
20,314 |
PAHANG |
27,248 |
1,404 |
28,652 |
PERAK |
21,161 |
3,308 |
24,469 |
PERLIS |
2,158 |
93 |
2,251 |
PULAU PINANG |
489 |
20 |
509 |
SELANGOR |
3,621 |
182 |
3,803 |
TERENGGANU |
13,326 |
1,241 |
14,567 |
SABAH |
5,909 |
146 |
6,055 |
SARAWAK |
58,048 |
0 |
58,048 |
JUMLAH |
255,997 |
18,642 |
274,639 |
Bantuan ini melibatkan penerima seramai 255,997 pekebun kecil getah yang merupakan pemilik yang mengusahakan sendiri kebun mereka (pemilik pengusaha) dan 18,642 penoreh bukan pemilik yang mengusahakan tanah berkeluasan tidak melebihi 2.5 hektar.
Kementerian Kewangan akan menyalurkan peruntukan tahun 2018 berjumlah RM164,783,400 kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi selaku kementerian yang mengawal selia RISDA.
Semoga pemberian bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pekebun kecil getah RISDA yang terjejas punca pendapatan mereka.
Sayangi Malaysiaku!
Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan
Putrajaya
21 Disember 2018 2