wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


Belanjawan 2019: Bayaran Khas


Kerajaan menghargai usaha dan komitmen penjawat awam dalam menjalankan tugas demi rakyat dan negara. Seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2019, bayaran khas sebanyak RM500 akan dibuat kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, dan RM250 kepada pesara.

Bayaran khas ini pada julung kalinya akan dibuat pada tahun yang sama dan tidak dibuat pada tahun berikutnya seperti kelaziman Kerajaan Persekutuan terdahulu. Sungguhpun bayaran khas tersebut akan menelan perbelanjaan sebanyak RM1 bilion tidak diperuntukkan lebih awal dalam Belanjawan 2018, Kerajaan Persekutuan baru Pakatan Harapan masih boleh mencari wang menerusi penjimatan daripada menjalankan pentadbiran yang bersih, dan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

Bayaran Khas tersebut akan dibuat pada 18 Disember 2018 dan memanfaatkan 1.4 juta penjawat awam Kerajaan Persekutuan, merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak. Kerajaan memutuskan untuk membayar sebelum hujung tahun bagi membantu ibu bapa di kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu.

Pada masa yang sama, kerajaan juga akan membuat bayaran khas sebanyak RM250 kepada hampir 800,000 pesara bagi mengenangkan khidmat bakti mereka.

 

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
17 Disember 2018


Muat Turun Lampiran: