Print this page

SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA


PENGECUALIAN CUKAI PERKHIDMATAN KE ATAS PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI PRA BAYAR


Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah mengarahkan supaya perkhidmatan telekomunikasi pra-bayar yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi kepada pelanggan warganegara Malaysia dikecualikan daripada cukai perkhidmatan.

Ini adalah perlu untuk mengatasi masalah daripada syarikat-syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera. Kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat-syarikat telekomunikasi agar pihak Kerajaan tidak kerugian dalam usaha untuk memastikan pelanggan mendapat nilai penuh untuk bayaran yang dibuat.

Pengecualian ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuatkuasa mulai 6 September 2018. Melalui pengecualian ini, pelanggan perkhidmatan telekomunikasi pra bayar akan mendapat nilai kredit sepenuhnya apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan.

Semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera dalam mematuhi penetapan pengecualian cukai perkhidmatan ini.


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
5 September 2018