wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA


PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) SELANGOR
MULA BEROPERASI HARI INI


Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor mula beroperasi pada hari ini, 15 Ogos 2018 di alamat berikut:

  UTC Selangor
Anggerik Mall
No. 5, Jalan 14/8
Seksyen 14
4000 Shah Alam, Selangor


Berkeluasan keseluruhan 46,778 kps (tidak termasuk common area dan lot-lot perniagaan), proses pengubahsuaian UTC Selangor telah mengambil tempoh 10 minggu.

Terdapat 20 Agensi yang ditempatkan di UTC Selangor iaitu dengan pecahan berikut; 10 Agensi Kerajaan Persekutuan, 1 Agensi Negeri, 7 Badan Berkanun dan 2 Badan Bukan Berkanun (NGO). Senarai 20 Agensi ini boleh dirujuk di Lampiran A.

Bangunan Anggerik Mall merupakan kompleks membeli belah tiga tingkat yang turut menempatkan MARA Digital Mall, pelbagai lot perniagaan dan Pejabat MARA Negeri Selangor, Pejabat MARA Daerah Shah Alam serta Pejabat MARA Daerah Petaling.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
15 Ogos 2018

Muat Turun Lampiran: