wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA



Semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah memuatnaik senarai cadangan barang-barang yang dikecualikan daripada cukai jualan (SST) yang meliputi pelbagai jenis barang. Senarai ini masih dalam peringkat cadangan untuk menerima maklum balas daripada orang awam samada perlu untuk memasukkan atau menggugurkan mana-mana item daripada senarai barangan yang tersenarai untuk dikecualikan daripada SST. Di antara barang-barang yang tersenarai untuk pengecualian adalah ‘big-ticket items’ seperti kapal terbang, kapal mewah, feri penumpang, helikopter, kapal angkasa dan peralatan luncur salji.

Sungguhpun senarai yang dikeluarkan oleh JKDM hanyalah cadangan, namun Kementerian Kewangan berpandangan adalah perlu bahawa barangan mahal yang juga mewah yakni ‘big-ticket items’ haruslah dikenakan cukai SST.

Sebagai Kerajaan Persekutuan yang berkomited untuk bercakap benar berdasarkan fakta dan angka, saya bersedia menyatakan bahawa GST mungkin lebih telus dan efisyen berbanding SST. Ini adalah kerana GST berjaya dikenakan ke atas lebih ramai pembayar cukai, termasuk orang biasa sehingga GST berjaya mengutip cukai sebanyak RM44 bilion berbanding dengan RM21 bilion yang dikutip oleh SST.

Maka lebihan RM23 bilion daripada GST ini membebankan rakyat sehingga kos sara hidup mereka terjejas. GST lebih efisyen dan telus apabila ia dikenakan ke atas 60% daripada Bakul Barangan CPI berbanding dengan hanya 38% daripada Bakul Barangan CPI oleh SST. Dengan penggantian GST kepada SST, maka RM23 bilion yang dikutip daripada GST akan dikembalikan kepada rakyat.


Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
20 Julai 2018

Muat Turun Lampiran: