wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA



RUNTUHAN SILING DI PEJABAT PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN
TINGGI NASIONAL (PTPTN) DI ARAS 9 BANGUNAN UTC SABAH

 

Satu insiden runtuhan siling di pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di aras 9 Bangunan UTC Sabah, Jalan Belia & Off Jalan Tunku Abdul Rahman, 88000 Kota Kinabalu, Sabah telah berlaku pada 7.40 petang, 17 Julai 2018. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berikutan insiden berkenaan.

Kerja-kerja penilaian awalan kejadian runtuhan sedang dijalankan oleh perunding dan dipantau oleh pihak CIDB dan pengurusan UTC Sabah. Sehubungan dengan itu, keseluruhan aras 9 ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penilaian. Jabatan yang terlibat dengan penutupan aras 9 adalah PTPTN dan Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu Jobs Malaysia, Jabatan Tenaga Manusia, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

Perkhidmatan jabatan lain di UTC Sabah tidak terlibat dengan insiden ini dan beroperasi seperti biasa.

Sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan, pelanggan bolehlah mendapatkan perkhidmatan PTPTN di ;

  Pejabat PTPTN Negeri Sabah
B-01-06 Tingkat 1 & B-02-06 Tingkat 2
Warisan Square, Jalan Tun Fuad Stephens
88100 Kota Kinabalu
 


Bagi perkhidmatan berkaitan Kementerian Sumber Manusia bolehlah berurusan di;

  Bilik Mesyuarat
Aras 10, UTC Sabah
 


Kementerian Kewangan

Putrajaya
18 Julai 2018

Muat Turun Lampiran: