wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA/MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA


Pelantikan Pengerusi Dan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Diketuai Oleh Syarikat Perakaunan Grant Thornton Malaysia Untuk Menguruskan Operasi Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER)


Pemegang saham tunggal Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang telah mengambil alih pejabat SSER sejak 5 Jun 2018 telah mengumumkan Pengerusi dan barisan jawatankuasa eksekutif (Exco) untuk syarikat tersebut. SSER adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh MKD untuk melaksanakan projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP). 

Dato’ Asri Hamidon, yang sebelum ini dilantik sebagai pengerusi 1Malaysia Development Berhad yang baharu, kini dilantik sebagai pengerusi SSER. Dato’ Asri juga adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan.

Barisan Exco SSER yang baharu adalah Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman (bekas Ketua Pengarah Eksekutif Agrobank), Hooi Kok Mun (Rakan Kongsi Kanan Grant Thornton Malaysia) dan Encik Faisal@Pisal bin Abdul Ghani (dari Kementerian Kewangan). Bermula 25 June 2018, Syarikat Perakaunan Grant Thornton Malaysia akan menguruskan operasi harian SSER dan ini akan diketuai oleh Kishan Jasani, rakan kongsi Grant Thornton Malaysia.

 

Dato’ Asri Hamidon
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Putrajaya
10 Julai 2018 


Muat Turun Lampiran: