wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA



MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN
AGONG XV, SULTAN MUHAMMAD V

 

Menghadap Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, yang bersemayam di Istana Negara, Kuala Lumpur dengan penuh kemuliaan dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

Kementerian Kewangan dengan ini merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, kerana perkenan limpah kurnia bagi memotong 10 peratus gaji serta emolumen Baginda Tuanku sepanjang pemerintahan Baginda Tuanku selaku Yang di-Pertuan Agong sehingga 2021, sebagai sumbangan Baginda Tuanku mengurangkan hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1,087 bilion.

Ampun Tuanku,

Dalam kepincangan negara dirundung beban hutang Kerajaan Persekutuan RM1,087 bilion, patik menjunjung kasih titah Baginda Tuanku dan percaya limpah kurnia serta keprihatinan Baginda Tuanku ini disanjung tinggi rakyat jelata.

Dengan perkenan Baginda Tuanku ini, ia sekaligus menyuntik semangat patik serta rakyat marhaen dalam bersungguh-sungguh mengurangkan beban hutang Kerajaan Persekutuan berikutan skandal-skandal kewangan terdahulu.

Akhir kalam, patik bersama sekalian rakyat Malaysia mendoakan agar Baginda Tuanku sentiasa sihat walafiat dan dalam lindungan serta rahmatNya.

Daulat Tuanku.

 

YB Lim Guan Eng
Menteri Kewangan Malaysia
Putrajaya
12 Jun 2018

 

Muat Turun Lampiran: