wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


MESYUARAT MAJLIS KEWANGAN NEGARA TAHUN 2018

 

YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada Khamis, 7 Jun 2018 jam 10.00 pagi di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Mesyuarat dihadiri ol eh YAB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Wan Azizah , YB Menteri Kewangan Tuan Lim Guan Eng dan semua YAB Menteri - Menteri Besar/Ketua - Ketua Menteri. Mesyuarat ini diadakan selaras dengan Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa mesyuarat perlu diadakan sekurang - kurangnya sekali dalam tempoh 12 bulan. Untuk rekod, mesyuarat sebelum ini telah diadakan pada 14 Jun 2017. Mesyuarat pada hari ini telah membincangkan beberapa perkara yang menyentuh kepentingan bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Semua negeri telah dimaklumkan bahawa untuk tahun 2018, jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membiayai Pemberian kepada negeri - negeri adalah berjumlah RM8.16 bilion dan semua pemberian ini akan diteruskan seperti biasa.

Majlis Kewangan Negara bersetuju supaya Kerajaan Persekutuan menyediakan caruman kepada Kumpulan Wang Rizab Negeri (KWRN) tahun 2020 sebanyak RM430 juta. Untuk rekod jumlah caruman yang telah diluluskan untuk tahun 2019 adalah sebanyak RM290 juta dan tahun 2018 ( RM330 juta ).

Peruntukan dana kepada KWRN untuk tahun 2020 tersebut adalah untuk membiayai anggaran Pemberian Kepada Negeri - Negeri Yang Menghadapi Kekurangan Wang Dalam Akaun Mengurus (Pemberian Defisit) sebanyak RM150 juta . Kelulusan peruntukan RM430 juta perlu dipohon dua tahun lebih awal kerana Mesyuarat Majlis Kewangan Negara diadakan setahun sekali dan supaya jumlah tersebut dapat diambil kira dalam penyediaan bajet Persekutuan tahun berkenaan. Ini bagi memastikan dana KWRN berada pada paras mencukupi dan tersedia untuk membantu negeri - negeri yang menghadapi masalah defisit dan kewangan. Bagi tahun 2017, negeri yang menerima Pemberian Defisit ini adalah Negeri Kelantan sebanyak RM 54.8 juta dan Perlis berjumlah RM38.4 juta. Kedua - dua negeri tersebut mengalami defisit Akaun Mengurus tahun 2016.

Manakala baki caruman sebanyak RM280 juta adalah untuk membiayai Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur Dan Kesejahteraan Hidup (Pemberian TAHAP). Pemberian ini adalah bagi membantu negeri - negeri meningkatkan lagi perbelanjaan pembangunan untuk mengimbangi pembangunan di seluruh negara. Pada tahun 2018, Pemberian TAHAP telah dibayar kepada 7 negeri iaitu Kedah sebanyak RM24.4 juta, Kelantan (RM28.5 juta), Sarawak (RM23.8 juta), Terengganu ( RM 27.7 juta), Perlis (RM23.3 juta), Pulau Pinang (RM13.5 juta) dan Perak (RM21 juta). Pemberian kepada negeri - negeri lain akan dibayar setelah tuntutan diterima daripada mereka oleh Kementerian Kewangan.

Sayangi Malaysiaku!


Kementerian Kewangan
Putrajaya
7 Jun 2018