wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


PENAFIAN BERKENAAN VIRAL AUDIO MENGENAI MAKLUMAT PEROLEHAN KERAJAAN

 

Kementerian Kewangan menafikan berhubung maklumat berbentuk audio yang tersebar melalui media sosial mengenai perbelanjaan Kerajaan yang melibatkan isteri YAB Perdana Menteri. Maklumat itu adalah palsu atau "fake news" dan merupakan tuduhan tidak berasas serta berniat jahat untuk mengaitkan Kementerian Kewangan sebagai sumber rujukan.

Kementerian Kewangan kesal dengan penyebaran maklumat yang tidak benar dan telah melaporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
26 April 2018