wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

 

1. Secara keseluruhan, sehingga 31 Mac 2018, sebanyak 7,084,726 permohonan telah diluluskan bagi menerima BR1M 2018 yang merangkumi bantuan RM1,200 kepada 3,705,853 penerima isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, bantuan RM900 kepada 324,973 penerima isi rumah yang berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000, dan bantuan RM450 kepada 3,053,900 penerima individu yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.12 billion.

2. Bagi pemohon yang gagal dalam permohonan BR1M 2018, rayuan dan penghantaran dokumen sokongan boleh dibuat mulai 2 April 2018 hingga 31 Mei 2018 dimana-mana cawangan LHDN termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat. Pemohon juga boleh menghantar permohonan secara pos ke alamat Peti Surat BR1M, GPO Shah Alam bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan/tanggungan terkini.

3. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88- 2716 serta email kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
5 April 2018