wrapper

Topik Popular

PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR UNTUK TEMPAHAN KERTAS A4 PUTIH 80 GSM BERSEMPENA LARANGAN PENGGUNAAN KENDERAAN BARANGAN SEMASA OPS TAHUN BAHARU CINA 2018

Adalah dimaklumkan bahawa pembekal Kontrak Pusat Kertas A4 Putih 80 gsm (NKS Systems Sdn. Bhd.) tidak dapat membuat penghantaran bekalan kertas A4 putih 80 gsm berikutan daripada arahan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan notis ‘Larangan Kenderaan Barangan Semasa Ops Tahun Baharu Cina’. Pelaksanaan larangan tersebut berlangsung selama dua (2) hari sebelum dan selepas cuti am tersebut.

Sehubungan ini bagi memastikan pesanan & penghantaran kertas tidak mengalami sebarang gangguan, tarikh akhir penghantaran adalah seperti berikut:

Tarikh akhir penghantaran

  1. Luar Lembah Klang 13 Februari 2018 (Selasa)
  2. Kawasan Lembah Klang 14 Februari 2018 (Rabu)

 

Pembekalan dan penghantaran akan beroperasi kembali seperti biasa mulai 19 Februari 2018 (Isnin).

Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah membuat perancangan pembelian supaya tiada gangguan bekalan di peringkat Agensi.

Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia
12 Februari 2018

Muat Turun Lampiran: