wrapper

Topik Popular

MOFBuzz

Pembentangan Belanjawan 2019

2 November 2018 | Tomorrow's Treasury, Today

Facebook Twitter Instagram 


PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2019

Belanjawan 2019 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng bertempat di Parlimen Malaysia. Ia merupakan belanjawan julung kalinya di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang membawa tema 'Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera'.

Belanjawan 2019 memperuntukkan sejumlah RM314.5 billion yang menumpukan kepada 3 Fokus utama iaitu Melaksanakan Reformasi Institusi, Memastikan Kesejahteraan Rakyat dan Memupuk Budaya Negara Keusahawanan dengan 12 strategi utama untuk mengukuhkan dan mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia umpama seekor Harimau Asia yang selama ini tidur lena, sekarang bangkit mengaum semula.