wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA


PERMOHONAN DAN KEMASKINI BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2018

DIBUKA MULAI 27 NOVEMBER SEHINGGA 31 DISEMBER 2017

 

Permohonan Secara Manual,
Pengisian Borang
 Permohonan/ Kemaskini Dalam Talian

Borang BR1M 2018 boleh didapati  secara percuma di mana-mana Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Permohonan boleh dibuat di Portal Rasmi BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my

Pemohon juga boleh memuat turun borang permohanan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1. Sukacita dimaklumkan, permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2018 akan dibuka mulai 27 November hingga 31 Disember 2017. Pemohon boleh membuat permohonan/kemaskini melalui kaedah berikut:

2. Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal/tidak layak dalam permohonan BR1M 2017 perlu membuat permohonan baru bagi BR1M 2018. Bagi penerima BR1M 2017 (sedia ada), pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

3. Adalah dimaklumkan juga, Kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi whatsapp dan media sosial yang lain. Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang telah diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my.

4. Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 serta e-mel kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
24 NOVEMBER 2017