wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA


LANGKAH MENANGANI KENAIKAN HARGA MINYAK DUNIA

 

Kerajaan prihatin dan memahami kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang kini telah mencecah lebih USD60 setong. Pada masa ini, Kerajaan telah melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi produk petroleum mengikut trend kenaikan atau penurunan harga minyak mentah dunia. Langkah ini telah berjaya mengurangkan ketirisan dan memastikan pemberian subsidi yang bersasar.

Penetapan harga runcit RON95 dan diesel dilaksanakan dengan mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kadar tukaran wang asing. Mekanisme penetapan adalah secara mingguan di mana purata perubahan kos produk petroleum minggu sebelumnya akan menentukan harga bagi minggu berikutnya. Sekiranya harga minyak mentah dunia naik maka harga runcit produk petroleum turut naik, sebaliknya harga runcit akan berkurang jika harga minyak mentah dunia turun. Walau bagaimanapun, Kerajaan masih memberi subsidi kepada sektor pengangkutan awam dan nelayan, di samping gas masak (LPG).

Berdasarkan trend kenaikan harga minyak mentah dunia sejak kebelakangan ini, Kerajaan akan mengenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan impak kenaikan ini, sekiranya harga runcit produk RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan. Langkah yang diambil akan memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak dunia dan kadar inflasi terkawal dalam jangka masa sederhana dan panjang.


KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
20 NOVEMBER 2017