wrapper

Topik Popular

1. Secara keseluruhan, seramai hampir 7.1 juta permohonan telah diluluskan bagi menerima BR1M 2016 yang merangkumi bantuan isirumah RM1,050 kepada hampir 162 ribu penerima, bantuan isirumah RM1,000 kepada 3.4 juta penerima, bantuan isirumah RM800 kepada 380 ribu penerima dan bantuan individu RM400 kepada 3.2 juta penerima.

2. Bagi mereka yang gagal dalam permohonan BR1M 2016 rayuan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC) yang terdekat mulai 15 Mac 2016 hingga 15 April 2016 dengan mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan/tanggungan terkini.

3. Selain itu, penerima sedia ada yang ingin mengemaskini maklumat terkini seperti nombor akaun bank, maklumat waris dan alamat surat menyurat juga boleh berbuat demikian dengan mengunjungi mana-mana cawangan LHDN, PKH dan UTC yang terdekat dalam tempoh rayuan.

4. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol LHDN 1800-88-2716 serta email kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kementerian Kewangan
14 Mac 2016

Muat Turun PDF