wrapper

Topik Popular

KENYATAAN MEDIA OLEH YB DATUK JOHARI ABDUL GHANI,
 MENTERI KEWANGAN II
“RM5 BILLION TAX LOSS FROM DUTY-FREE ISLANDS”

 

1.    Merujuk kepada artikel keluaran surat khabar The Sun yang bertajuk “RM5 Billion Tax Loss From Duty-Free Islands” di muka surat 3, bertarikh 6 Disember 2016.

2.    Kementerian Kewangan Malaysia ingin memaklumkan bahawa jumlah ketirisan hasil yang dinyatakan dalam artikel tersebut adalah TIDAK TEPAT.

3.    Ini kerana, jumlah keseluruhan ketirisan hasil rokok pada tahun 2015 adalah dianggarkan sebanyak RM1,320,617,720. Manakala jumlah keseluruhan ketirisan hasil bagi minuman keras untuk tahun 2015 pula dianggarkan sebanyak RM398,229,822 dan bukannya RM3.98 billion.

4.    Oleh itu, jumlah ketirisan hasil yang sepatutnya untuk tahun 2015 adalah dianggarkan sebanyak RM1,718,847,542 dan bukan RM5 billion seperti yang dinyatakan dalam artikel tersebut.

5.    Oleh yang demikian, Kementerian Kewangan Malaysia berharap pihak media mengambil maklum terhadap kesalahan maklumat tersebut agar dapat mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan.   

 

YB Datuk Johari Abdul Ghani
Menteri Kewangan II
7 Disember 2016



 Download PDF