PERMOHONAN & KEMASKINI BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2017 DIBUKA MULAI 5 DISEMBER SEHINGGA 31 DISEMBER 2016
1. Sukacita dimaklumkan, permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia tahun 2017 (BR1M) akan dibuka mulai 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016. Pemohon boleh membuat permohonan/ kemaskini melalui kaedah berikut:
Permohonan secara Manual, pengisian Borang | Permohonan/ Kemaskini Dalam Talian |
---|---|
|
|
2. Pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi. Penerima BR1M 2016 (sedia ada) juga perlu membuat pengemaskinian maklumat terkini. Permohonan yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses atau gagal.
3. Notis dan surat pemakluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu kedua bulan Februari 2017. Bayaran bantuan BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat pada pertengahan bulan Februari 2017.
4. Kerajaan berhasrat pembayaran BR1M tahun 2017 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.