wrapper

Topik Popular

Adalah dimaklumkan bahawa, selaras dengan program Transformasi Perbendaharaan, langkah penjimatan dan mengoptimumkan perbelanjaan, Kementerian Kewangan telah mewujudkan Kontrak Pusat bagi pembekalan kertas A4 putih 80 gsm untuk kegunaan semua Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia untuk tempoh selama tiga (3) tahun mulai 1 Mac 2016 hingga 28 Februari 2019.

Semua kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan adalah tertakluk untuk mengguna pakai kontrak pembekalan di atas apabila berkuatkuasa. Sehubungan itu, semua perolehan yang sedang dirancang, sedang diiklankan dan belum dibuat keputusan oleh pihak berkuasa melulus perlulah dihentikan dan dibatalkan. Bagi kegunaan Kertas A4 Putih 80 gsm sehingga 15 Mac 2016, Agensi Kerajaan boleh membuat perolehan untuk keperluan sehingga tempoh tersebut sahaja mengikut tatacara perolehan semasa.

Mana – mana Agensi Kerajaan yang masih mempunyai kontrak pembekalan kertas A4 Putih 80gsm yang sedang berkuat kuasa hendaklah meneruskan kontrak tersebut sehingga tamat. Bagi perolehan kertas selain daripada kertas A4 Putih 80 gsm, Agensi Kerajaan boleh menguruskan perolehannya mengikut tatacara perolehan semasa yang sedang berkuat kuasa.

Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia
Februari 2016

Muat Turun PDF